• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

oleh Mohd Arshad
06/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

BUKIT MERTAJAM – Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) menegaskan bahawa rancangan ‘Ops Terjah’ di sebuah kuil di Hospital Bukit Mertajam bukan dibatalkan sepenuhnya, sebaliknya hanya ditangguhkan.

Pengerusinya, Mohd. Sophian Mohd. Zain berkata, penangguhan itu dibuat bagi menghormati sambutan perayaan yang sedang berlangsung di kuil berkenaan.

Menerusi satu hantaran terbaharu di Facebook, beliau menegaskan pendirian pihaknya bahawa isu yang dibangkitkan sebelum ini masih kekal.

“Kita hanya tangguh terjahan kerana pihak kuil ada sambutan perayaan. Kita bukan batalkan terjahan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Petang tadi, media melaporkan himpunan yang dijadualkan berlangsung di hadapan Hospital Bukit Mertajam pada Sabtu dibatalkan selepas penganjur dan pengurusan Kuil Sri Dewi Muniswarar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk mengadakan perbincangan pagi tadi.

Perbincangan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu dilaporkan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris.

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail turut menasihatkan penganjur supaya tidak meneruskan perhimpunan berkenaan bagi mengelakkan sebarang ketegangan.

Mohd. Sophian atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Sophian bagaimanapun menegaskan, himpunan ‘Ops Terjah’ bukan bertujuan untuk merobohkan Kuil tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Sophian Mohd. Zain

Tags: isu kuilKuil Haram
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd