• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Jelutong Buat Laporan Polis Terhadap Zamri Vinoth

oleh Mohd Arshad
04/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen Jelutong Buat Laporan Polis Terhadap Zamri Vinoth
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth kerana didakwa cuba mencetuskan ketegangan kaum dan agama di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa konon Zamri Vinoth menghasut dan mengugut untuk merobohkan kuil Hindu di depan Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang 7 Mac ini.

“Saya telah terbaca satu hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi Facebook oleh pemilik akaun bernama Zamri Vinoth yang berunsur provokasi agama dan boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“Zamri Vinoth sekali lagi menghasut dan mengugut untuk merobohkan satu lagi kuil Hindu di depan Hospital Bukit Mertajam. Saya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang,” dakwanya dalam satu kenyataan.

RSN Rayer berkata, beliau menyeru Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, jemaah menteri dan pihak polis bertindak segera terhadap individu seperti Zamri Vinoth yang boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara.

Dakwa beliau, tanpa tindakan tegas dan segera menahan dan menuduh Zamri Vinoth akan menimbulkan persepsi mendapat layanan istimewa dan “above the law”

“Saya juga menyeru semua rakyat Malaysia membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber: FB RSN Rayer

Tags: Kuil Haram
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd