Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – “Marilah kita mempertahankan maruah dan hak kita dengan penuh disiplin serta berhemah,” kata Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy.
Menurutnya, pasukan polis telah dimaklumkan tentang rancangan pihak tertentu untuk melakukan demontrasi di kuil hindu di hadapan Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac.
Kata beliau, satu rakaman video lengkap akan dikeluarkan pihaknya dalam masa terdekat bagi menjelaskan latar belakang sejarah dan fakta sebenar berkaitan kuil tersebut.
“Sejarah tidak boleh dipadam, diputarbelitkan atau dinafikan. Kita akan terus berdiri waspada, tegas, berani dan berlandaskan maklumat yang sahih.
“Berpaksikan kepada kedaulatan undang-undang. Biarlah kebenaran ditegakkan melalui saluran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Terdahulu, Arun berkata, beliau menyeru masyarakat hindu tidak terlibat dalam sebarang bentuk provokasi sama ada secara fizikal, lisan mahupun di media sosial.
“Jangan sesekali terperangkap dalam emosi atau tindakan yang boleh menjejaskan kedudukan kita,” – MYNEWSHUB


