• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

oleh Mohd Arshad
02/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Firdaus Wong, mendedahkan bahawa individu dikenali sebagai Vikneswaran, yang sebelum ini tular selepas memijak Al-Quran, sebenarnya merupakan seorang Muslim dan mualaf yang telah memeluk Islam pada 20 April 2025.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Firdaus Wong memaklumkan bahawa Vikneswaran telah bersyahadah dan memilih nama Islam Muhammad Zain.

Menurut beliau, Vikneswaran merupakan seorang individu yang berperwatakan baik, sopan serta lembut tutur katanya, malah pernah menghubunginya secara peribadi di Instagram dan menghantar mesej berulang kali dengan penuh kesungguhan untuk memeluk Islam.

“Dia budak yang baik. Sopan santun dan lembut tutur katanya. Dia hubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu, ‘insist’ dan kejar saya untuk mengIslamkan dia,” tulisnya di akaun media sosial miliknya.

Namun begitu, Firdaus Wong mengakui beliau terkejut dengan insiden tular melibatkan perbuatan memijak Al-Quran tersebut dan mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku terhadap individu berkenaan.

“Apa yang berlaku pada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovokasi atau ada perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu,” katanya lagi.

Pendedahan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai menyeru agar siasatan menyeluruh dilakukan serta pendekatan berhikmah diambil, khususnya melibatkan aspek psikologi, keselamatan dan kebajikan mualaf berkenaan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan hasutan atau provokasi dalam insiden tersebut.

Reaksi Netizen

Netizen secara umum terkejut dengan pendedahan ini.

Ramai yang melihat ini sebagai ‘plot twist’ yang direka untuk memadamkan kemarahan masyarakat Islam di Malaysia.

“Iye ke Islam? Kat media sosial dia dengan girlfriend dia asyik kutuk agama Islam aje sepanjang masa,” pertikai seorang netizen Muslim.

Netizen juga berkata, tidak kira Islam atau tidak, perbuatan memijak kitab suci itu tetap salah dan hukuman yang paling keras harus diberikan.

Mynewshub akan terus memantau perkembangan lanjut kes ini dari semasa ke semasa.

Tags: hina islam
Share237Tweet148SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Sepatutnya Mufti Yang Pertama Bercakap Isu Pijak Al-Quran – Ridhuan Tee 

Sepatutnya Mufti Yang Pertama Bercakap Isu Pijak Al-Quran – Ridhuan Tee 

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan sikap segelintir agamawan yang didakwanya lambat bersuara berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd