• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Itu Video Lama Pijak Al-Quran, Berlaku Di Singapura – MCMC

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Itu Video Lama Pijak Al-Quran, Berlaku Di Singapura – MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Satu lagi rakaman video memaparkan individu memijak al-Quran yang sedang tular di media sosial adalah rakaman video lama yang dipercayai berlaku di Singapura.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh warga negara tersebut.

“MCMC telah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dipercayai dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, kata MCMC, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat khususnya Threads, Facebook dan TikTok bagi menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama serta berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara ini merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut,” kata MCMC. –MYNEWSHUB

Share279Tweet174SendShare

Related Posts

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Perbadanan logistik makanan nasional Indonesia itu membandingkan kekuatan simpanan berasnya dengan stok penimbal Malaysia yang direkodkan sekitar 200,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd