• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pembangkang’ Iran Gembira Kematian Khamenei

oleh Mohd Arshad
01/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Pembangkang’ Iran Gembira Kematian Khamenei
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Tokoh ‘pembangkang’ Iran, Reza Pahlavi mendakwa kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei permulaan kepada pengakhiran Republik Islam Iran.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi platform media sosialnya, Reza Pahlavi mendakwa Khamenei sebagai diktator dahagakan darah dan menuduh beliau bertanggungjawab terhadap kematian puluhan ribu rakyat Iran.

“Dengan kematiannya, Republik Islam pada hakikatnya telah sampai ke penghujungnya dan tidak lama lagi akan dibuang ke tong sampah sejarah,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa sebarang usaha saki-baki kepimpina untuk melantik Khamenei pengganti akan gagal.

“Sesiapa yang diletakkan di tempatnya tidak akan mempunyai legitimasi mahupun jangka hayat politik dan pasti akan turut bersubahat dalam jenayah rejim ini,” dakwanya.

Dalam kenyataan sama, Reza Pahlavi menyeru pihak tentera, penguat kuasa undang-undang dan pasukan keselamatan Iran supaya tidak lagi mempertahankan kerajaan sedia ada.

“Sebarang usaha untuk mengekalkan rejim yang sedang runtuh akan gagal. Ini peluang terakhir anda untuk membantu memastikan peralihan Iran yang stabil ke arah masa depan yang bebas dan makmur,” katanya.

Reza Pahlavi seterusnya menyeru rakyat Iran supaya kekal bersatu dan bersiap sedia untuk perubahan besar.

“Ini mungkin permulaan kepada perayaan nasional kita yang agung, tetapi ia bukan penamat. Masa untuk kehadiran meluas dan tegas di jalanan semakin hampir,” dakwanya.

Reza Pahlavi merupakan tokoh pembangkang Iran paling dikenali yang menyuarakan sokongan kepada pemisahan agama daripada politik. – MYNEWSHUB

Tags: IranIsrael
Share252Tweet158SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd