• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

oleh Mohd Arshad
01/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menganggap kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei merupakan keadilan untuk rakyat Iran.

 

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Khamenei telah terbunuh dalam satu operasi yang menurutnya dilaksanakan hasil kerjasama rapat antara AS dan Israel.

 

Dalam kenyataan itu juga, Trump menuduh Khamenei sebagai antara individu paling jahat dalam sejarah.

 

“Khamenei, salah seorang manusia paling jahat dalam sejarah, telah mati. Ini bukan sahaja keadilan untuk rakyat Iran.

 

“Tetapi juga untuk rakyat AS yang hebat dan mereka dari pelbagai negara di seluruh dunia yang telah dibunuh atau dicederakan oleh Khamenei,” dakwanya.

 

Trump turut mendakwa operasi tersebut berjaya dilaksanakan melalui sistem risikan dan teknologi penjejakan yang sangat canggih milik AS.

 

Beliau berkata, Khamenei serta beberapa pemimpin Iran lain yang turut terkorban tidak mampu mengelak daripada dikesan.

 

Trump juga mendakwa sebahagian anggota Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC), tentera dan polis Iran tidak lagi mahu meneruskan pertempuran.

 

Dakwanya, mereka sedang mencari jaminan kekebalan daripada pihak AS.

 

“Seperti yang saya katakan malam tadi, ‘Sekarang mereka boleh mendapat kekebalan, kemudian mereka hanya akan mendapat kematian,” ujarnya.

 

Dalam masa sama, Trump memberi amaran bahawa pengeboman berat dan serangan tepat sasaran akan diteruskan tanpa henti sepanjang minggu ini.

 

“Atau selama mana yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang disifatkannya sebagai keamanan di Asia Barat dan seluruh dunia,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Tags: IranIsrael
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd