TEHRAN — Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dilaporkan tidak lagi berada di ibu negara Tehran dan telah dipindahkan ke lokasi selamat susulan peningkatan ancaman keselamatan.
Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Reuters yang memetik sumber rasmi, ketika ketegangan antara Israel dan Iran terus memuncak.
Dalam perkembangan berkaitan, gambar yang tular di media sosial mendakwa menunjukkan kediaman rasmi Ayatollah Ali Khamenei di Tehran musnah akibat serangan udara Israel.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Iran berhubung tahap kerosakan sebenar atau kesahihan imej berkenaan.
Situasi keselamatan di Tehran dilaporkan berada pada tahap berjaga-jaga tinggi, dengan orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
— Mynewshub


