• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang mendakwa kerajaan negeri tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya lebih memberi perhatian kepada sektor pelancongan.

 

Muhamad Akmal secara terbuka melabel dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan menyifatkan pihak yang mengeluarkannya sebagai ‘bebal’ kerana gagal memahami pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan untuk rakyat Melaka.

 

Menurut beliau, banyak inisiatif kebajikan dan bantuan telah digerakkan di bawah portfolio yang pernah disandangnya sebelum ini, malah belum termasuk usaha di bawah Exco dan Timbalan Exco lain dalam kerajaan negeri.

 

“Banyak inisiatif kerajaan negeri Melaka terhadap rakyat Malaysia, tapi kalau untuk orang yang malas membaca dan tak mahu ambil tahu, memang takkan nampak,” katanya dalam satu kenyataan tegas hari ini.

 

Beliau mempersoalkan tuduhan kononnya kerajaan negeri tidak mengutamakan rakyat.

 

“Yang kita buat ini untuk siapa? Untuk pelancong luar ke? Atau untuk makhluk asing? Kalau tak faham, tanya. Jangan nampak bebal,” katanya.

 

Akmal turut menyindir pimpinan DAP agar merujuk kepada wakil rakyat mereka sendiri yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri sebelum membuat kenyataan yang menurutnya hanya memperlihatkan kejahilan sendiri.

 

Dalam nada lebih keras, beliau mencabar DAP supaya berani meletakkan jawatan sekiranya benar merasakan kerajaan negeri tidak memperjuangkan kepentingan rakyat.

 

“Kalau rasa kerajaan negeri Melaka yang kamu sendiri ada dalamnya tidak mementingkan rakyat, jangan sembang kencang. Letak jawatan sekarang juga,” tegasnya.

 

Beliau berkata, tidak wajar untuk terus menikmati jawatan, gaji dan elaun beribu ringgit dalam kerajaan negeri, namun pada masa sama menuduh pentadbiran tersebut gagal membela rakyat.

 

“Kalau berani, hilanglah gaji dan elaun. Jangan jadi pengecut. Kalau tak berani letak jawatan, minta Exco kamu nyatakan sendiri apa inisiatif yang telah dibuat untuk bantu rakyat. Baru kamu tahu kerajaan ini utamakan rakyat atau tidak.

Sembang kencang lah lu bro. Bebal,” katanya.

 

Terdahulu, Pemuda DAP dilaporkan mempersoalkan keutamaan kerajaan negeri dalam aspek pembangunan dan kebajikan rakyat. – MYNEWSHUB

Tags: ADUN DAPAkmal Saleh
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd