• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terbabit serta bersubahat dalam dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata sekiranya dakwaan berkenaan benar, ia adalah satu bentuk ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika terdapat watak pengkhianat daripada dalam yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi.

“Kita memandang serius mengenai dakwaan wujudnya usaha membabitkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara.

“Perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan, menegaskan pihak berkuasa perlu bertindak segera tanpa mengira kedudukan mana-mana pihak yang terbabit.

“Kita tidak mahu lagi perkara sebegini dilihat sebagai helah politik. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan negara tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang sanggup memperdagangkan kedaulatan serta maruah negara demi apa saja kepentingan yang merosakkan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan gerakan yang membabitkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa pada Khamis.

Siasatan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Bernama-

Tags: PDRMpetualangsabotaj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd