• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Jenayah
0
Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Rabu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tangkapan terbaru membabitkan dua lelaki tempatan berusia 51 dan 58 tahun itu menjadikan setakat ini sembilan ditahan.

Beliau berkata, maklumat mengenai tangkapan terbaru itu dimaklumkan sendiri Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah yang mengetuai siasatan kes berkenaan bersama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Proses siasatan akan memasuki tempoh 24 jam pertama dan polis akan membawa kedua-dua suspek ke mahkamah untuk permohonan reman sejurus tempoh itu selesai.

“Dalam tempoh 24 jam pertama ini, kita masih menjalankan proses siasatan. Selepas itu, kita akan memohon reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Mengulas sama ada dua suspek baharu itu mempunyai kaitan dengan tujuh individu yang ditahan sebelum ini, Saifuddin Nasution berkata, siasatan lanjut mengenai perkara itu sedang dilakukan pihak polis.

Beliau berkata, tangkapan terbaru itu hasil maklumat siasatan sebelum ini dan gambaran wajah yang diberikan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam sendiri.

“Komander kita merasakan untuk beberapa tempoh kebelakangan ini dia terasa diekori, jadi dia ‘describe’ (gambarkan) personaliti (contohnya) rambut ikal mayang dan sebagainya.

“Jadi kita profilkan gambaran itu dan polis berjaya kenal pasti dua warga tempatan dari kawasan sekitar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada insiden itu membabitkan kumpulan jenayah dari negara jiran, Saifuddin Nasution berkata, siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dilakukan memandangkan kejadian berlaku di sempadan, selain seorang daripada suspek adalah warga Thailand.

Sementara itu, beliau turut mengarahkan kawalan keselamatan terhadap pegawai yang disyaki menjadi sasaran ditingkatkan serta-merta.

Rabu lalu, media melaporkan Proton X70 yang dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ditembak dengan dua das tembakan.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, dua lelaki bermotosikal menghampiri kenderaan itu ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Bagaimanapun, Mohd Nasaruddin terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

BHonline-

Tags: ditahanKes Tembak Komander AKPSlelaki
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

Lelaki Kejar Dua Beradik Dengan Pisau Ditahan

08/02/2026
0

MELAKA: Seorang pelajar perempuan bersama adiknya berdepan detik cemas apabila dikejar seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd