• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Quran Menuntut Umat Islam Untuk Berlaku Adil – Arun Dorasamy

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Al-Quran Menuntut Umat Islam Untuk Berlaku Adil – Arun Dorasamy
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Al-Quran menuntut umat Islam untuk berlaku adil walaupun terhadap golongan yang berbeza kepercayaan.

Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy berkata, perkara itu terkandung dalam Surah Al-Ma’idah 5:8.

“Prinsip ini menuntut agar sebarang tindakan terhadap rumah ibadat minoriti termasuk kuil Hindu yang dikategorikan sebagai Kuil Tanpa Pendaftaran Tanah (KTPT) ditangani melalui proses rundingan, pemutihan atau penempatan semula yang berperikemanusiaan.

“Bukan melalui naratif yang menyamaratakan atau melabel tanpa asas fakta yang bersikap menghina,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.

Arun berkata, al-Quran turut mengiktiraf kepentingan melindungi semua rumah ibadat tanpa mengira agama seperti yang terkandung dalam Surah Al-Hajj 22:40.

Menurut beliau, ayat itu sering dirujuk oleh para sarjana sebagai asas kepada tanggungjawab moral untuk mempertahankan tempat ibadat semua komuniti daripada kemusnahan atau penganiayaan.

Justeru, katanya, dalam negara yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 11 yang menjamin kebebasan beragama, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk membina naratif menghina.

Kara beliau, penghinaan itu berpotensi menghalalkan tindakan mencaci, menghina mengugat, tanpa mengambil kira hak sejarah, sensitiviti masyarakat dan prinsip keadilan sejagat.

“Malaysia sebagai sebuah negara majmuk memerlukan pendekatan yang berasaskan fakta, dialog dan rasa tanggungjawab bersama — selari dengan nilai-nilai keadilan yang dituntut oleh agama dan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Arun berkata, perbahasan awam berhubung kewujudan rumah ibadat minoriti di Malaysia tidak boleh didorong oleh label, persepsi atau retorik semata-mata.

Kata beliau, tuduhan bahawa rumah ibadat tertentu sebagai kuil haram, kuil gengster tanpa penelitian sejarah, status tanah, rundingan terdahulu dan bukti dokumentasi adalah satu pendekatan yang berbahaya kepada keharmonian negara majmuk.

“Dalam konteks ini, adalah penting untuk kembali kepada prinsip keadilan sejagat termasuk yang terkandung dalam ajaran Islam sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Arun Dorasamy

Tags: Arun Dorasamy
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Jangan Rasa Hina Kerana Gari – Mohd. Fadzli

Jangan Rasa Hina Kerana Gari – Mohd. Fadzli

18/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB   KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly menemplak pihak yang membangkitkan...

Kulasegaran Dakwa Hanya Singgah Sekejap Jumpa Arun 

Kulasegaran Dakwa Hanya Singgah Sekejap Jumpa Arun 

17/03/2026
0

Oleh Mynewhsub KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran menafikan beliau berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd