• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Alami Kesakitan Otot Dan Tulang, Rehat Atas Nasihat Doktor

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Alami Kesakitan Otot Dan Tulang, Rehat Atas Nasihat Doktor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini sedang mengalami kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sepenuhnya dan tidak berangkat ke sebarang majlis buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada proses rawatan serta pemulihan.

Disebabkan faktor kesihatan tersebut, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing serta Pegawai Kanan Kerajaan yang berlangsung di Istana Negara semalam.

Selain itu, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan sebelum ini turut ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong dijangka kembali menjalankan tugas dan berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik sahaja tahap kesihatan Baginda menunjukkan pemulihan secara berperingkat.

Kenyataan itu turut memohon doa orang ramai agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan yang segera dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. — Mynewshub

27 Februari 2026

Sumber: Istana Negara

Tags: Agong
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd