• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berstatus Ulama Buat Tuduhan Tidak Bertanggungjawab – Menteri Agama

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Berstatus Ulama Buat Tuduhan Tidak Bertanggungjawab – Menteri Agama
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan membidas tindakan individu berstatus ulama, tetapi terus melemparkan tuduhan tidak bertanggungjawab di media sosial meskipun penjelasan telah dibuat.

 

Menurutnya, dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) masih meneruskan tuduhan terhadapnya tanpa mengambil pendekatan tabayyun atau mendapatkan penjelasan sebenar.

 

“Walaupun akhbar telah membetulkan laporan kenyataan saya, masih ada yang berstatus ulama membuat tuduhan tidak bertanggungjawab dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau menegaskan bahawa pendiriannya jelas iaitu mengecam sebarang tindakan menghina agama dan tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan.

 

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa kita memang mengecam dan tidak berkompromi dengan apa sahaja tindakan menghina agama serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

 

“Saya sebut sejelas-jelasnya penegasan tindakan undang-undang perlu diambil tanpa kompromi. Cuma ada pihak yang menyembunyikan perkara ini dengan niat tertentu,” ujarnya.

 

Dalam masa sama, beliau berpandangan bahawa menjadi satu amanah dan tanggungjawab untuk terus memberi pencerahan serta mendidik masyarakat agar perkara sama tidak berulang.

 

Bersempena Ramadan, beliau mengajak semua pihak khususnya yang membuat tuduhan supaya kembali mengamalkan konsep tabayyun dan benar-benar menghayati roh bulan mulia itu.

 

“Ramadan mendidik jiwa dan hati. Terus sabar dan terus fokus membuat kebaikan sebanyaknya dan sedayanya,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Menteri Agama
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Orang Beriman Tidak Sebar Kebencian Dan Hasutan – Menteri Agama Ulas Dosa Qazaf

Orang Beriman Tidak Sebar Kebencian Dan Hasutan – Menteri Agama Ulas Dosa Qazaf

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR – “Orang beriman tidak sebarkan fitnah, tidak sebarkan kebencian dan tidak sebarkan hasutan. Orang beriman sebarkan kebaikan, sebarkan...

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu perarakan didakwa mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berlangsung di ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd