• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum Dayak Diseru Sertai Tentera Darat Bagi Kekal Legasi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Kaum Dayak diharap agar terus menganggotai tentera darat bagi mengekalkan legasi perjuangan dan kesetiaan mereka kepada negara, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Menurut beliau, kaum tersebut yang merupakan kaum kedua terbesar yang menyertai tentera darat telah menunjukkan semangat pejuang dan kesetiaan yang tinggi di samping sifat keberanian yang amat digeruni musuh.

“Inilah semangat yang diperlukan oleh tentera darat Malaysia. Saya ucapkan terima kasih kepada kaum Dayak khususnya di atas pengorbanan dan perjuangan mereka selama ini,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar semasa majlis ‘ngiling nidai’ (penutup perayaan Gawai) peringkat tentera darat anjuran Briged Infantri Kesembilan di 3 Rejimen Renjer Diraja, Kem Oya di sini Rabu malam.

Majlis itu dihoskan oleh Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan turut dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka Dr Anuar Rapae’e.

Raja Mohamed Affandi turut berkata sambutan majlis tersebut sangat dinanti-nantikan tentera darat kerana ia mencerminkan hubungan kukuh dalam kalangan warga tentera yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Sebelum itu Mundaw dalam ucapannya berkata, perayaan Gawai adalah penting kerana dapat membina jati diri sesebuah etnik.

Beliau percaya keunikan adat dan tradisi orang Dayak dapat menyumbang kepada matlamat Gagasan 1Malaysia yang turut diwarnai oleh pelbagai kaum. – BERNAMA

 

Tags: sarawakTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd