• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Hindu Sangam Dilarang Masuk Ke Tapak Tanah Yayasan Kubra

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Wakil Hindu Sangam Dilarang Masuk Ke Tapak Tanah Yayasan Kubra
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Yayasan Kubra menegaskan bahawa mana-mana pihak, termasuk wakil pertubuhan luar, tidak dibenarkan memasuki tapak tanah milik yayasan itu tanpa kebenaran rasmi, susulan kehadiran wakil Hindu Sangam ke lokasi berkenaan hari ini.

Menurut kenyataan yang dikongsi Pendakwah Bebas, FirdausWong, wakil Hindu Sangam dilaporkan hadir ke tapak tanah Yayasan Kubra dengan tujuan untuk menjalankan siasatan jika ada berhala yang dipatahkan atau dibakar.

Peguam Yayasan Kubra, Hariz Yusoff menegaskan bahawa tapak berkenaan merupakan tanah persendirian milik yayasan dan sebarang kemasukan ke kawasan itu perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Dalam masa sama, wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dilaporkan hadir ke lokasi berkenaan bagi meninjau keadaan serta memantau situasi.

Yayasan Kubra turut mengingatkan semua pihak agar menghormati hak pemilikan tanah persendirian dan tidak sewenang-wenangnya memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran rasmi.

Namun begitu, yayasan berkenaan memaklumkan bahawa pengecualian diberikan kepada individu atau pihak yang hadir untuk menyertai aktiviti gotong-royong yang dijadualkan berlangsung pada petang ini, memandangkan program tersebut telah dibuat melalui jemputan terbuka.

Perkembangan lanjut berkaitan isu ini dijangka terus mendapat perhatian pelbagai pihak dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan rasmi dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.-MYNEWSHUB

Tags: Kuil Haram
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd