• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – “Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan”

Demiikian saranan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd. Syahir Che Sulaiman kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Ia ekoran desakan Tun Faisal supaya Perikatan Nasional (PN) segera memindahkan Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat ke blok bebas di Dewan Rakyat dan dilucutkan jawatan kuota pembangkang.

 

“Hal dalaman, ikut saluran dalaman, bukan serangan terbuka. Tugasan kami di Parlimen amat banyak.

 

“Melihat kepada apa yang ada di atas meja, maka hal-hal yang melibatkan berebut jawatan dan kerusi, tidak menjadi keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mohd. Syahir berkata, Penerangan Bersatu sepatutnya menumpukan kepada isu rakyat, memperkemas jentera media sosial dan ‘menyerang’ Pakatan Harapan (PH), bukan menyerang kawan sendiri.

 

Sehubungan itu, beliau meminta Tun Faisal menyerahkan tentang kedudukan kerusi Parlimen dan jawatan ketua pembangkang kepada pucuk pimpinan PN.

 

“Pengerusi PN yang baharu pun belum sempat panaskan kerusi. Pandangan sekalian Ahli Parlimen di blok pembangkang juga perlu diambil kira,” katanya.

 

Beliau turut memaklumkan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menghubungi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Ketua Pembangkang.

 

“Ini teladan yang baik. Kita bincang elok-elok. Difahamkan Tuan Guru Hadi Awang jawab, beliau tidak boleh buat keputusan sendiri dan akan bawa perkara ini untuk diputuskan dalam mesyuarat terdekat,” katanya.

 

Tambah beliau, sebagai resiprokal, Pas pun tidak pernah membuat sebarang desakan supaya kedudukan kerusi Pengerusi PN baharu dan dahulu ditukar tempat.

 

“Tumpuan kami kepada perbahasan; isu rakyat dan isu nasional. Melainkan Bersatu inginkan jawatan Ketua Pembangkang atau Ketua Whip, itupun kita boleh bincang, tiada masalah.

 

“Kita bincang molek, ambil kira pandangan ahli parlimen dan pendirian parti; bukan serang secara terbuka. Diam lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Syahir Sulaiman

Tags: BERSATUTun Faisal Ismail Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Wan Ahmad Fayhsal Bidas Tun Faisal: “Dia Ini Kenapa Musibat Sangat Perangai” 

Wan Ahmad Fayhsal Bidas Tun Faisal: “Dia Ini Kenapa Musibat Sangat Perangai” 

27/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Dia ni kenapa musibat sangat perangai," kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd