• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Kerajaan Selangor Jumpa 26 Pihak Kuil, Bincang Isu Pengurusan Dan Kebajikan

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Exco Kerajaan Selangor Jumpa 26 Pihak Kuil, Bincang Isu Pengurusan Dan Kebajikan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman mengadakan pertemuan bersama 26 pihak kuil semalam.

Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan, pembangunan serta kebajikan rumah ibadat masing-masing.

Kata beliau, sesi tersebut turut dihadiri Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) serta wakil setiap persatuan kuil yang terlibat.

“Saya telah mengadakan pertemuan bersama 26 pihak kuil yang berada di Pulau Carey dengan kehadiran Ahli Majlis MPKL serta wakil setiap persatuan kuil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, pertemuan itu bertujuan menyelaras isu-isu berbangkit secara tersusun khususnya melibatkan aspek pentadbiran dan pembangunan rumah ibadat.

Kata beliau, turut hadir dalam sesi berkenaan ialah wakil Malaysia Hindu Sangam (MHS) Banting yang bersama-sama membincangkan status serta perkara-perkara berkaitan kuil termasuk aspek perundangan dan hala tuju pengurusan pada masa hadapan.

“Pihak Malaysia Hindu Sangam Banting turut bersama-sama membincangkan status serta perihal berkaitan kuil,” katanya.

Papparaidu menegaskan, pertemuan tersebut amat penting bagi memastikan setiap isu dapat diselaraskan secara teratur dan harmoni demi kesejahteraan masyarakat setempat. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Papparaidu Veraman

Tags: Kuil Haram
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd