• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tamim Dahri Mohon Penduduk Rawang Buat Laporan Polis Terhadap Arun Dorasamy  

oleh Mohd Arshad
24/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tamim Dahri Mohon Penduduk Rawang Buat Laporan Polis Terhadap Arun Dorasamy  
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak menyeru penduduk di Rawang, Selangor membuat laporan polis terhadap pihak yang tiada kaitan, tetapi cuba mencampuri hal tangan tanah Yayasan Kubra.

Beliau turut menyeru badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Rawang supaya membuat laporan polis yang sama.

“Mohon penduduk atau NGO sekitar Rawang dapat buat laporan polis segera kerana campur tangan pihak yang tidak berkaitan berkenaan tanah Yayasan Kubra.

“Pihak itu juga cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai broker,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari Ini.

Beliau turut memuat naik gambar sidang media oleh Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy di Petaling Jaya, hari ini.

Media melaporkan, Arun dalam sidang media itu mempersoalkan mengapa Tamim Dahri yang cuba merobohkan sebuah kuil Hindu di Rawang Perdana pada 11 Februari lalu tidak didakwa.

Beliau mendakwa, ahli jawatankuasa kuil tersebut pula yang berdepan ancaman pengusiran dan pertuduhan menceroboh.

Tamim Dahri dan tiga individu lain ditangkap pada 11 Februari selepas dituduh merosakkan kuil tersebut, namun dibebaskan sehari kemudian selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah reman selama dua hari.

Kuil itu dikatakan berada di atas tanah persendirian milik Yayasan Kubra dan yayasan tersebut didakwa mengupah Tamim Dahri untuk merobohkannya. – MYNEWSHUB

Sumber FB: Tamim Dahri

Tags: Kuil Haram
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd