Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal menyelar pemimpin DAP supaya tidak sekadar ‘acah-acah’ mengugut Perdana Menteri, sebaliknya bertindak melepaskan jawatan dalam kerajaan jika benar-benar berani.
Menurut beliau, tindakan membuat kenyataan keras tanpa sebarang langkah susulan hanya menunjukkan sikap ‘sembang kencang’, tetapi tidak sanggup berkorban jawatan dan elaun.
“Tidak perlu acah-acah nak ugut PMX. Kalau berani, jalanlah sekarang. Orang suruh letak jawatan dari awal, tapi sampai sekarang habuk pun tiada,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Beliau turut memetik kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP dari Pulau Pinang sebelum ini yang mencabarnya supaya meletakkan jawatan jika benar-benar berani.
“Jadi saya nak tanya DAP pula, ada berani ke letak jawatan sekarang? Atau tak cukup berani untuk tinggalkan jawatan dan elaun?” soalnya.
Dr. Muhamad Akmal mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
“(Tan Sri) Azam Baki perlu letak jawatan. He have to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi). He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi)
“Ini pesanan saya. Sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, rakyat akan datang, mengundi akan hukum kita,” kata Poay Tiong. – MYNEWSHUB


