• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantahan Majoriti Penduduk Tidak Boleh Jadi Alasan Pindahkan Kuil – Arun Dorasamy

oleh Mohd Arshad
24/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bantahan Majoriti Penduduk Tidak Boleh Jadi Alasan Pindahkan Kuil – Arun Dorasamy
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat) membantah sebarang cadangan untuk memindahkan Kuil di Taman Datuk Harun di Petaling Jaya, Selangor.

Pengerusinya, Arun Dorasamy mendakwa, memindahkan rumah ibadat yang telah digazetkan itu atas alasan bantahan oleh segelintir pihak adalah suatu pendekatan yang tidak wajar.

 

Dakwa beliau, tindakan itu juga berpotensi menetapkan preseden yang berbahaya daripada sudut undang-undang serta tadbir urus awam.

 

“Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang berteraskan kepelbagaian kaum dan agama.

 

“Struktur demografi di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN tidak boleh dijadikan asas untuk menafikan atau mengehadkan hak mana-mana komuniti minoriti untuk mengamalkan agama mereka secara aman dan sah,” katanya dalam satu kenyataan hari Ini.

 

Media pada 10 Februari lalu melaporkan, penduduk Taman Dato Harun membantah pembinaan sebuah rumah ibadat selain Islam (RISI) di atas tanah seluas 10,936.12 kaki persegi dekat sini tanpa rundingan mahupun sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

 

Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Dr. Afif Bahardin dipetik berkata, Kerajaan Selangor memberi kelulusan RISI tanpa mengambil kira komposisi masyarakat yang majoritinya atau lebih 90 peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam.

 

Arun seterusnya berkata, penganut Hindu, seperti komuniti agama lain di negara ini merupakan pembayar cukai, warganegara yang sah, dan rakan setara dalam pembinaan negara sejak kemerdekaan.

 

Justeru, katanya, hak mereka untuk memiliki dan mengurus rumah ibadat di atas tanah yang telah digazet tidak boleh diketepikan hanya kerana bantahan oleh kumpulan tertentu.

 

Dakwa beliau, jika prinsip bantahan majoriti dijadikan asas untuk memindahkan sebuah rumah ibadat yang telah diiktiraf melalui proses pewartaan, maka implikasi undang-undangnya amat luas.

 

“Ia membuka ruang kepada cabaran terhadap rumah ibadat agama lain seperti Sikh, Bahá’í dan komuniti minoriti yang lain.

 

“Penafian hak beragama di kawasan yang mempunyai populasi minoriti yang kecil, ketidakpastian terhadap status rumah ibadat yang telah diluluskan secara sah oleh pihak berkuasa,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Tags: Arun DorasamyKuil Haram
Share225Tweet141SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd