• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syukur Jadi Rakyat Malaysia Ada STR, SARA – Menteri Agama 

oleh Mohd Arshad
24/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Syukur Jadi Rakyat Malaysia Ada STR, SARA – Menteri Agama 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan meluahkan rasa syukur menjadi rakyat Malaysia sambil menegaskan pelbagai inisiatif dan reformasi institusi telah dilaksanakan kerajaan.

Menurut beliau, selain bantuan bersasar kepada rakyat, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembaharuan sistem dan tatakelola negara.

 

“Syukur jadi rakyat Malaysia. Banyak inisiatif dan skim bantuan kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Awal Persekolahan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, usaha tersebut tidak terhad kepada bantuan kebajikan semata-mata, malah merangkumi reformasi institusi yang dilaksanakan dalam tempoh singkat di bawah Kerajaan Madani.

 

“Namun, jangan lupa banyak juga reformasi institusi yang dilakukan di negara kita dalam masa singkat hanya beberapa tahun kerajaan Madani,” ujarnya.

 

Antara pembaharuan yang digariskan ialah Akta Audit (Pindaan) yang memperluas kuasa Ketua Audit Negara, sekali gus membolehkan pengauditan dilakukan ke atas badan atau syarikat yang menerima jaminan kerajaan atau melibatkan kepentingan awam.

 

Selain itu, Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) berkaitan kewarganegaraan turut dilaksanakan bagi memperkukuhkan prinsip keadilan, kesamarataan dan ketelusan dalam pemberian taraf kewarganegaraan.

 

Beliau turut menyentuh mengenai penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen dan pindaan Perlembagaan yang mengembalikan autonomi Parlimen dalam aspek pentadbiran, kewangan serta pengurusan sumber manusia.

 

“Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal pula menetapkan penanda aras pengurusan hutang dan fiskal negara,” katanya.

 

Tambah beliau, Akta Perolehan Kerajaan diperkenalkan bagi memperkukuh tatakelola, ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan awam, termasuk menghadkan kuasa mutlak Menteri Kewangan.

 

Mengulas perkembangan terkini, beliau berkata pindaan Perlembagaan turut dicadangkan bagi menghadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun serta memisahkan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

 

“Hanya dalam masa tidak sampai tempoh lima tahun, pelbagai reformasi institusi dilakukan dan dilaksanakan secara berhikmah.

 

“Bukan sempurna dan ada banyak lagi yang perlu dibuat tetapi usaha berterusan dilakukan sedayanya,” katanya lagi.

 

Beliau turut mengajak rakyat untuk terus menyokong agenda pembaharuan negara demi kestabilan dan kesejahteraan bersama. – MYNEWSHUB

 

Sumber: FB Zulkifli Hasan

Tags: Menteri Agama
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu perarakan didakwa mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berlangsung di ibu...

Syukur Jadi Rakyat Malaysia, Aman Harmoni – Menteri Agama 

Syukur Jadi Rakyat Malaysia, Aman Harmoni – Menteri Agama 

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru terus mempertahankan keamanan dan keharmonian negara walaupun dunia kini berdepan pelbagai ketidaktentuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd