• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Mahu Terbang Lebih Tinggi

oleh Mohd Arshad
24/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Mahu Terbang Lebih Tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa jadi perdebatan dalam dunia bola sepak Malaysia yang kadangkala lebih drama berbanding skrip filem.

Sebilangan memuji, tapi tak kurang juga mencemburui. JDT sememangnya tak pernah sunyi menjadi perbualan.

 

Lumrah dunia bola sepak apabila satu pasukan terlalu dominan, pasti timbul suara-suara jiwa yang tersakiti.

 

Namun di sebalik kritikan atau sindiran, Harimau Selatan jalan terus tanpa menoleh. Banyak misi sudah pun dicapai.

 

Dominasi domestik, jenama, nilai bisnes, pentas Asia, fasiliti moden dibina yang semuanya bukan sekadar retorik.

 

Membicarakan tentang JDT tidak lengkap tanpa figura di sebalik kejayaan Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

 

Anak raja dan kini pemangku Sultan Johor yang sebenarnya tak perlu pening tentang stadium, formasi 4-3-3 atau bajet pemain.

 

Tapi itulah yang menarik. Baginda memilih untuk ke gelanggang bola sepak yang penuh tekanan, kritikan dan harapan tinggi.

 

Ramai mempunyai banyak wang, tetapi tidak semua punyai minat dan semangat untuk turun padang, urus, bina dan hadap cabaran.

 

Mungkin juga di situlah baginda mencari titik persamaan antara raja dan rakyat. Tunku Ismail suka bola sepak dan rakyat suka bola sepak.

 

Bila raja berjiwa rakyat berkongsi minat yang sama, ia jadi ‘common ground’ yang menyatukan. Sorakan padu dan rasa bangga yang sama.

 

Sebab itu tak perlu rasa cemburu dengan JDT. JDT ada TMJ. TMJ ada penyokong JDT. Itu ekosistem mereka. Itu kebanggaan mereka.

 

Sama ada suka atau tidak, pendekatan mereka secara tidak langsung memaksa bola sepak tempatan untuk berfikir lebih jauh.

 

Apapun JDT nampaknya belum puas. Mereka mahu terbang lebih tinggi. Sama ada langit cerah atau berawan, mereka tampak bersedia.

 

Keberanian untuk terbang itulah yang membezakan kelab bola sepak biasa dengan sebuah projek legasi luar biasa. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd