• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Telah Berkhidmat 10 Tahun Tak Boleh Dilantik Semula – Azalina

oleh Mohd Arshad
23/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Telah Berkhidmat 10 Tahun Tak Boleh Dilantik Semula – Azalina
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Mana-mana bekas Perdana Menteri yang sudah berkhidmat selama 10 tahun tidak lagi boleh dilantik semula jawatan itu sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri diluluskan Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU berkenaan menetapkan had berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan sebenar seseorang Perdana Menteri, bukannya mengikut tempoh penggal Parlimen.

 

“Siapa mahu jadi Perdana Menteri, dia tak boleh lebih daripada 10 tahun. Dalam pindaan perlembagaan ini, kita ambil kira juga tahun-tahun dia sudah berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

 

“Maknanya ia dikira ke belakang. Jadi Perdana Menteri yang ada hari ini, kalau katakan PMX (Anwar Ibrahim) menang lagi PRU ke-16 dan mahu jadi Perdana Menteri sekali lagi, boleh.

 

“Tapi kalau dikira dari tahun, dia tinggal tujuh tahun sahaja. Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin, kalau jadi Perdana Menteri semula sebab menang, mungkin tinggal lapan tahun. Bera (Ismail Sabri Yaakob) mungkin tinggal sembilan tahun,” katanya di Dewan Bankuet Parlimen hari ini.

 

Azalina berkata, Undang-Undang itu namun boleh dipinda semula sekiranya kerajaan yang seterusnya yang mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen berhasrat berbuat demikian.

 

Menurut beliau, tempoh jawatan juga boleh diubah semula dan mereka boleh buat jika mahu Perdana Menteri pada hari ini kekal selama-lamanya.

 

“Jika mempunyai undi sokongan dua pertiga atau lebih di Parlimen, kamu boleh melakukan apa sahaja terhadap Perlembagaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd