• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Terima Apa-apa Surat, Johari Sahkan Tempat Duduk Pemimpin Dipecat BERSATU Termasuk Hamzah Di Parlimen Kekal

oleh Mohd Arshad
18/02/2026
dalam Politik
0
Belum Terima Apa-apa Surat, Johari Sahkan Tempat Duduk Pemimpin Dipecat BERSATU Termasuk Hamzah Di Parlimen Kekal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pemecatan keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin serta 16 yang lain oleh BERSATU tidak memberi kesan kepada kedudukan mereka dalam Parlimen kecuali parti itu menulis dan memohon Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan.

Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang dokumen atau permohonan daripada parti berhubung lanjut terhadap ahli yang dipecat.

“Jika itu berlaku (BERSATU tulis surat dan mohon Dewan Rakyat ambil tindakan), Parlimen akan siasat mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia terpakai,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas kedudukan tempat duduk terkini Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden BERSATU yang menggalas tugas Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen Larut.

Jumaat lalu, Hamzah serta 16 pemimpin dipecat keahlian oleh Lembaga Disiplin BERSATU.

Pemecatan mereka dimaklumkan Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi satu notis bertajuk ‘Makluman Keputusan Lembaga Disiplin Terhadap Laporan Pelanggaran Perlembagaan’.

Pemecatan itu menjadi tanda tanya termasuk persoalan mereka ditempatkan di blok Bebas dalam Dewan Rakyat sekiranya perubahan status mereka disahkan secara rasmi.

Pada masa sama, perhatian turut terarah kepada kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, sama ada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat sudah menerima sebarang usul rasmi untuk menukar jawatan berkenaan susulan perkembangan terkini dalam parti terbabit.

Untuk rekod, kebiasaannya seseorang Ahli Parlimen masih kekal dalam kedudukan mereka di Dewan Rakyat dan belum ditempatkan di blok Bebas, sehingga ada notis rasmi diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

BHonline-

Tags: BERSATUHamzah ZainudinPemecatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd