• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

oleh Mohd Arshad
17/02/2026
dalam Jenayah
0
Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating Damai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata empat mayat ditemukan dalam sebuah bilik dan mayat seorang wanita dengan kesan berlumuran darah ditemukan di dapur kediaman terbabit.

Semua mayat ditemukan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga adik kepada suspek utama, selepas terdengar kekecohan di kediaman berkenaan.

Katanya, mayat berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun, isterinya berusia 28 tahun, dua kanak-kanak perempuan anak pasangan terbabit berusia tiga dan empat tahun serta nenek kanak-kanak terbabit berusia 53 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pagi ini, suspek utama dipercayai membunuh isteri dan dua anak dalam sebuah bilik.

“Suspek kemudian disyaki membunuh ibunya di dapur dan membunuh diri dalam bilik dan mayatnya ditemukan bersama isteri dan dua anaknya.

“Terdapat kesan kelar di beberapa bahagian badan setiap mangsa dan polis sudah menemui pisau dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yahaya berkata, berdasarkan maklumat awal suspek utama kes pembunuhan berhenti kerja di Selangor bulan lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit kini bekerja di daerah ini dan tinggal di rumah ibunya bersama keluarga dan dan tiga adiknya.

“Motif kejadian sedang disiasat termasuk menyemak jika suspek utama mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dan juga aspek lain termasuk masalah kewangan,” katanya.

Ketika ini semua mayat masih di lokasi kejadian dan polis masih meneruskan siasatan.

Semua mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

-Berita Harian

Tags: bunuh dirikes bunuh
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd