• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, February 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam

oleh Mohd Arshad
04/02/2026
dalam Politik
0
Ucapan Alhamdulillah, Sujud Syukur, Siti Zailah Dakwa Kor Ming Permainkan Islam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Siti Zailah (PN-Rantau Panjang) menyifatkan tindakan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat bukan Islam, malah seolah-oleh mempermainkan kesucian Islam.

“YB dalam penggulungan banyak guna kalimah orang Islam, nak sujud syukur, Alhamdulillah, bersyukur, adakah YB beriman? Adakah percaya dengan Allah? Kami tak mahu kalimah ini dipermainkan.

“Ini seolah-olah sentuh 3R (isu sensitif berkaitan raja, agama dan kaum) yang kami diminta menjaga (percakapan), kami tak nak ia mengelirukan orang bukan Islam, kalau YB orang Islam, saya tak kisah,” katanya.

Beliau mencelah sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Kor Ming dalam jawapan balasnya meminta Siti Zailah bertenang dan tidak terlalu emosional.

“Jangan emosi, kita rasionalisasi. YB kad pengenalan 03, saya pun 03. Saya juga anak Kelantan. Sebab itu saya kata, kita anak Malaysia, kita hormati agama Islam sebagai agama Persekutuan, mana ada dipermainkan.

“Itu (tuduhan sedemikian) kurang elok. Sebagai orang beriman saya yakin YB pun harap kita sama-sama hormat-menghormati, malah dalam kerangka MADANI itu ada hormat dan ehsan.

“Alhamdulillah itu perkataan Arab, sebagaimana insya-Allah bermakna ‘if God willing” (dengan izin Allah), jadi (ini bermaksud) saya bersyukur,” katanya.

Beliau turut berharap isu terbabit tidak diperbesarkan, kerana ia hanya cenderung membawa kepada keretakan dalam perpaduan kaum di negara ini.

Tindakan Kor Ming bagaimanapun mendapat sokongan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang menyuarakan kekagumannya berikutan Timbalan Pengerusi DAP itu sering menggunakan kalimah sinonim dengan masyarakat Islam.

“Sebagai orang Islam, saya sangat berbesar hati apabila YB mampu mengucapkan kalimah yang sering digunakan masyarakat Islam.

“Kalau di negara Arab, perkataan (seperti Alhamdulillah) biasa digunakan tak kira dalam kalangan Islam atau tak, saya berbangga dan doakan mudah-mudahan YB diberi hidayah oleh Allah SWT,” katanya.

BHonline-

Tags: islamKor MingSiti Zailah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd