• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan Hilang, Dikhuatiri Terjatuh Di Sungai Daro

oleh Mohd Arshad
02/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kanak-Kanak Perempuan Hilang, Dikhuatiri Terjatuh Di Sungai Daro
Share on FacebookShare on Twitter

DARO, 2 Februari 2026 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri terjatuh ke Sungai Daro dalam kejadian di Kampung Panchor, di sini, petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi memaklumkan, maklumat awal mendapati mangsa dipercayai keluar sendiri melalui pintu belakang rumah tanpa disedari kedua-dua ibu bapanya.

“Bapa mangsa kemudian menemui kesan tapak kaki kanak-kanak itu yang dipercayai menuju ke arah sungai sekitar jam 1 tengah hari sebelum segera memaklumkan kepada pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini digerakkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar tebing sungai serta kawasan hutan di belakang rumah keluarga mangsa dalam radius kira-kira 500 meter. Penduduk kampung turut membantu dengan menggunakan perahu untuk menyusuri Sungai Daro ke hulu dan hilir bagi mengesan mangsa.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa berhampiran bagi membantu usaha pencarian.

—

Mynewshub

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

PRN Johor: Bersatu Tak Minta Pun PAS Bantu Kempen  – Muhyiddin

PRN Johor: Bersatu Tak Minta Pun PAS Bantu Kempen – Muhyiddin

27/06/2026
0

MUAR - "Tak apalah.. saya pun tak ada minta siapa nak bantu" Demikian reaksi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd