• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
04/02/2026
dalam Terkini
0
KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri bagi memenuhi keperluan perjalanan orang ramai.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan 26,460 tiket ETS tambahan mula dijual sejak 24 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bagi perkhidmatan tambahan yang merangkumi laluan KL Sentral-Ipoh, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral, KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral, JB Sentral-KL Sentral- JB Sentral dan JB Sentral-Butterworth-JB Sentral.

Operasi tren tambahan bagi Tahun Baharu Cina dijadualkan pada 13 hingga 22 Februari dengan laluan utama Padang Besar-KL Sentral (11.05 pagi), KL Sentral-Padang Besar (5 petang), KL Sentral-JB Sentral (11 malam) dan JB Sentral-KL Sentral (5.30 petang).

Pada 14 hingga 16 Februari serta 20 hingga 22 Februari pula, laluan melibatkan KL Sentral-Ipoh (10.50 pagi), Ipoh-KL Sentral (5.25 petang), Butterwoth-KL Sentral (6.10 pagi) dan KL Sentral- Butterworth (7.55 malam).

KTMB turut memperkenalkan perkhidmatan Electric Multiple Unit Plus (EMU+) pada 13 hingga 15 Februari dan 20 hingga 22 Februari ini bagi laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, dengan kapasiti 1,200 penumpang sehari melalui empat perjalanan harian sepanjang tempoh operasi dan tiket bagi perkhidmatan itu telah habis dijual.

Untuk Aidilfitri, sebanyak 36,540 tiket tambahan akan ditawarkan mulai 1 Mac, 12 tengah hari melibatkan tempoh perjalanan 13 hingga 29 Mac, 16 hingga 20 Mac dan 23 hingga 29 Mac dengan laluan serta waktu berlepas yang sama.

Pertambahan tiket ETS dan EMU+ menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 70,200 tiket, dengan jumlah perjalanan perkhidmatan meningkat hingga 56 trip sehari.

“Langkah ini diambil bagi menampung peningkatan permintaan penumpang, sekali gus memberi lebih banyak pilihan perjalanan yang selesa, selamat dan menepati kehendak pengguna,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, KTMB turut memaklumkan perkhidmatan ETS laluan JB Sentral-Butterworth-JB Sentral dikekalkan bermula 4 Februari ini dengan kekerapan tren ditingkatkan daripada dua trip sehari kepada empat trip sehari, menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS sebanyak 44 perjalanan sehari, berbanding 40 perjalanan sebelum ini, selaras dengan penerimaan empat set tren ETS3.

“KTMB menggalakkan pengguna untuk merancang perjalanan lebih awal dan membuat pembelian tiket terlebih dahulu bagi menikmati tambang yang lebih menjimatkan serta mengelak kesesakan dan pembelian pada saat akhir,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi www.ktmb.com.my atau menghubungi talian Pusat Panggilan KTMB 03-9779 1200.

–BERNAMA

Tags: AidilfitriETSKTMBTahun baharu Cina
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd