• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
20/01/2026
dalam Terkini
0
Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh pelajar tempatan mulai tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dua bidang itu akan diajar dalam bahasa Melayu dan dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran umum yang sudah dirombak semula.

“Di peringkat pendidikan tinggi, kita tak wajib bahasa Melayu dan sejarah tapi mulai tahun ini kita akan perkenalkan mata pelajaran umum yang dirombak semula dan diajar dalam bahasa Melayu di seluruh universiti awam (UA) dan swasta bagi pelajar Malaysia.

“Isu Perlembagaan (Persekutuan), isu sejarah Malaysia itu dimasukkan dalam kurikulum, ia tidak terlalu menekan dan kita tetap mahu anak-anak dalam pelbagai bidang dan disiplin yang memerlukan tumpuan yang lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tidak wajar bagi seorang anak Malaysia tidak mengerti mengenai sejarah negara.

“Kalau mahu selamatkan negara ini, biarkan semua anak kita menguasai pengetahuan asas mengenai Perlembagaan dan sejarah,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan kawasan serta memberikan keutamaan kemudahan penginapan kepada mahasiswa mulai tahun ini.

Bagi tujuan itu, sebagai permulaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diarah bekerjasama dengan universiti dikenal pasti untuk menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan kepada mahasiswa.

“Mahasiswa terus mengeluh kerana tempat penginapan sukar dicari, kalau ada di sekitar dan pinggir kota terlalu mahal, maka kita memberikan arahan kepada semua GLIC bekerjasama dengan universiti membangunkan kawasan dan kemudahan penginapan kepada mahasiswa kita.

“Pada tahun ini kita mulakan dengan universiti tertentu dengan sasaran menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan kepada mahasiswa,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami kebimbangan yang timbul setiap tahun berhubung peluang kemasukan ke universiti susulan kekangan tempat bagi kursus pilihan, termasuk rungutan dalam kalangan pelajar kaum minoriti yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi berdepan kesukaran mendapatkan tawaran.

Beliau berkata, mengambil kira isu berkenaan, kerajaan mengarahkan universiti menambah 1,500 tempat bagi kursus pilihan utama, sekali gus menjadikan keseluruhan 3,000 tempat tambahan ditawarkan pada tahun ini.

Katanya, penambahan itu membabitkan kursus undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI), ekonomi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, sains data, analitik data serta sains komputer.

Anwar berkata, bagi mengurangkan kebimbangan pelajar, keutamaan kemasukan terus diberikan kepada lepasan matrikulasi dan asasi, namun kerajaan turut memberi jaminan bahawa pelajar Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak akan dipinggirkan.

“Bagi pelajar yang memperoleh PNGK 4.0, sedaya upaya universiti akan memberikan tempat, walaupun pilihan kursus tertakluk kepada keupayaan universiti,” katanya.

BHonline-

Tags: Perlembagaan persekutuanSejarah MalaysiaUniversiti
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Titah Sultan Berpotensi Dicabar Di Mahkamah – Ronnie Liu

Titah Sultan Berpotensi Dicabar Di Mahkamah – Ronnie Liu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa satu titah atau kenyataan oleh Sultan Selangor mengenai penternakan...

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd