• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

oleh Mohd Arshad
17/01/2026
dalam Terkini
0
Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi
Share on FacebookShare on Twitter

BANYUWANGI– Sebuah video memperlihatkan persembahan aksi tarian muzik dangdut sempena program peringatan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW di Desa Parangharjo, Songgon, Banyuwangi, menjadi tular dan menimbulkan kontroversi di media sosial pada 16 Januari 2026.

Video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang penyanyi dangdut berpakaian ketat di atas pentas, manakala seorang peserta naik ke pentas dan menari bersamanya.

Aksi ini menimbulkan kritikan meluas warganet, yang mempertikaikan kesesuaian persembahan muzik dangdut dalam konteks acara keagamaan.

Susulan video tular tersebut,pihak Balai Polis Songgon memanggil penganjur untuk memberikan penjelasan.

Ketua penganjur, Muhammad Hadiyanto menjelaskan bahawa persembahan muzik dangdut hanya diadakan selepas keseluruhan program utama peringatan Israk Mikraj selesai dan bukan sebahagian daripada acara sambutan rasmi.

“Hiburan muzik itu bertujuan untuk menghibur pekerja yang masih berada di lokasi semasa proses pembersihan selepas program. Semua tokoh agama dan tetamu undangan telah meninggalkan lokasi sebelum persembahan bermula,” jelas Hadiyanto.

Walaupun begitu, video yang tersebar menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. Pengajur kemudian hadir ke Balai Polis Songgon untuk memberikan penjelasan rasmi dan menyampaikan permohonan maaf atas kegusaran yang timbul di media sosial.

“Kami memohon maaf sekiranya kegiatan ini menimbulkan ketidakselesaan. Tiada niat untuk mengganggu ketenteraman awam,” tambahnya.

Kejadian ini menimbulkan perbincangan lebih luas mengenai batasan hiburan dalam acara keagamaan dan bagaimana penganjur dapat menyeimbangkan antara aktiviti keagamaan dan kehendak masyarakat.

-Agensi

Tags: BanyuwangidangdutIsrak mikraj
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Hayati Peristiwa Israk Dan Mikraj – Muhyiddin

11/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam negara ini menghayati peristiwa Israk dan Mikraj...

Baby Shima Nafi Jadi Pelacur Di Indonesia

20/01/2019
0

SANGKAL... Penyanyi Baby Shima nafi terlibat aktiviti pelacuran online selepas gambarnya disalah guna laporan sebuah program hiburan di Indonesia berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd