• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baby Shima Nafi Jadi Pelacur Di Indonesia

oleh
20/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANGKAL… Penyanyi Baby Shima nafi terlibat aktiviti pelacuran online selepas gambarnya disalah guna laporan sebuah program hiburan di Indonesia berhubung kes enam artis wanita didakwa melakukan jenayah itu.

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Shima Ramli, 27, dia amat terkejut dan kecewa apabila gambarnya digunakan dalam laporan tersebut sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan peminatnya.

“Hari ini saya agak kecewa dan terkejut kerana mendapat berita daripada pihak pengurusan bahawa gambar saya terpampang dalam sebuah program televisyen. Walhal saya tidak terlibat dalam jenayah pelacuran tersebut.

“Saya harap sesiapa yang kenali diri tidak salah faham dan dapat bantu untuk bersihkan nama kerana ia telah beri impak buruk kepada diri saya,” ujar Baby Shima dalam sebuah video dimuat naik menerusi akaun Instagramnya.

Baby Shima merupakan artis Malaysia yang aktif sebagai penyanyi dangdut di Indonesia. Terdahulu pihak berkuasa negara itu mendedahkan nama enam artis wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran secara online.

Enam artis republik tersebut ialah Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Riri Febianti, Aldira Chena, Tiara Permata Sari dan Baby Shu yang kemudian disalah anggap sebagai Baby Shima.

Sebelum pendedahan nama enam artis itu, peminat dunia hiburan Indonesia terlebih dahulu digemparkan dengan penahanan dua artis negara berkenaan iaitu Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila.

Mereka berdua didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran berprofil tinggi yang boleh dilanggan secara atas talian di Indonesia. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Baby Shimadangdut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

17/01/2026
0

BANYUWANGI– Sebuah video memperlihatkan persembahan aksi tarian muzik dangdut sempena program peringatan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW di Desa Parangharjo,...

Baby Shima Dan Aliff Syukri ‘Bertumbuk’ Di Indonesia

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Perang dingin antara penyanyi, Baby Shima dan selebriti kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berlarutan apabila kedua-dua mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd