• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

oleh Mohd Arshad
12/01/2026
dalam Terkini
0
PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal selia yang terpakai terhadap operasi petroleum syarikat itu di Sarawak.

Dalam usul berkenaan yang difailkan secara e-filing pada Sabtu, PETRONAS menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai pihak responden dalam permohonan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak negara berkata, permohonan itu bertujuan memastikan syarikat berkenaan dapat terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia yang berkenaan serta amalan tadbir urus yang baik.

PETRONAS menegaskan, usul berkenaan tidak bertujuan mencabar aspirasi pembangunan Sarawak atau menghalang peranan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dalam sektor tenaga di negeri itu.

“Keputusan memfailkan notis usul berkenaan dibuat susulan perbincangan dan rundingan yang telah berjalan sejak tahun 2024 bersama PETROS, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

PETRONAS berkata, walaupun rundingan berkenaan menunjukkan kemajuan dalam aspek komersial dan perkongsian, termasuk pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada 2020, namun masih wujud perbezaan pandangan berkaitan kerangka kawal selia yang terpakai kepada syarikat itu.

“Sehubungan itu, PETRONAS berharap semua pihak menghormati proses perundangan serta peranan sistem kehakiman negara dalam meneliti perkara berkenaan.

“PETRONAS juga menyeru semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi ruang kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penilaian sewajarnya terhadap usul yang dikemukakan,” katanya.

Dalam pada itu, PETRONAS menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan operasi secara telus dan bertanggungjawab di Sarawak, dengan semua operasi diteruskan seperti biasa.

PETRONAS turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat dan industri di Sarawak serta bekerjasama ke arah memajukan aspirasi pembangunan negeri berkenaan, di samping memelihara kemakmuran Malaysia.

Selain itu, PETRONAS kekal komited untuk memastikan komunikasi yang telus berhubung operasinya, termasuk kegiatan usaha sama syarikat.

Oktober lalu, pertikaian undang-undang antara PETRONAS dan PETROS berhubung hak pengagihan gas di Sarawak terus berlarutan di mahkamah, sekali gus meletakkan persoalan berkaitan hak negeri dan perundangan persekutuan dalam tumpuan.

Perkembangan itu menyaksikan PETRONAS mencabar kedudukan PETROS sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak, yang dilihat sebagai usaha mempertahankan hak dan peranannya di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Pada 30 September lalu, PETRONAS mengemukakan hujah di mahkamah bahawa syarikat itu tidak memerlukan lesen di bawah Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 Sarawak untuk membekalkan gas di negeri berkenaan.

PETRONAS berhujah bahawa PDA 1974 sebagai undang-undang persekutuan mempunyai keutamaan mengatasi undang-undang negeri, termasuk DGO 2016, selaras dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan hujah itu, PETRONAS berpandangan bahawa pelantikan PETROS sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak adalah bersifat ultra vires atau melangkaui bidang kuasa PDA 1974, yang memberikan PETRONAS pemilikan tunggal ke atas semua sumber hidrokarbon di darat dan luar pesisir di seluruh Malaysia.

Pertikaian berkenaan pada asalnya tercetus susulan dakwaan PETRONAS bahawa PETROS berhutang sebanyak RM26.3 juta di bawah Perjanjian Pembekalan Gas Sarawak (SGSA) setakat 8 November 2024.

Susulan itu, PETROS memfailkan saman pada Oktober 2024 bagi menghalang PETRONAS daripada menuntut jaminan bank, dengan alasan PETRONAS tidak mempunyai lesen yang sah untuk menjual gas di Sarawak di bawah DGO 2016.

Pada November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di portal Dewan Rakyat, memaklumkan bahawa PETRONAS dan PETROS sedang mengadakan rundingan bagi memperincikan Deklarasi Bersama yang ditandatangani pada 21 Mei lalu.

Menurut beliau, proses rundingan itu memerlukan masa kerana perlu mengambil kira prinsip komersial, kepentingan bersama serta kelestarian industri.

Azalina turut menjelaskan bahawa rundingan berkenaan bertujuan mewujudkan satu kerangka kerjasama yang lebih strategik, inklusif dan saksama untuk jangka panjang.

Dalam konteks itu, beliau menegaskan bahawa prinsip utama penyelarasan adalah semua undang-undang Persekutuan dan Sarawak yang berkaitan dengan pengagihan gas di negeri berkenaan hendaklah wujud secara bersama dan dihormati oleh semua pihak yang menjalankan aktiviti berkaitan di Sarawak.

BHonline-

Tags: Isu Petroleumpetronassarawak
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd