• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Ladang Babi Mega Selangor Tetap Diteruskan Dengan Syarat Pengoperasian Ketat

oleh Mohd Arshad
11/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Projek Ladang Babi Mega Selangor Tetap Diteruskan Dengan Syarat Pengoperasian Ketat
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 11 Januari 2026 – Kerajaan Negeri Selangor menegaskan komitmen untuk memperkukuh aspek keselamatan, kebersihan dan pengurusan alam sekitar berkaitan industri penternakan babi mega di negeri itu, susulan keprihatinan yang dizahirkan oleh Sultan Selangor berhubung isu penternakan babi di Kuala Langat.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjunjung kasih atas keprihatinan dan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disuarakan melalui kenyataan bertarikh 10 Januari 2026 (semalam).

Menurut beliau, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini telah membuat keputusan untuk memperketatkan syarat pengoperasian industri penternakan babi di Selangor, dengan penekanan utama terhadap pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan kesan negatif terhadap sistem saliran dan alam sekitar.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira semua aspek termasuk pandangan agensi-agensi teknikal, bagi memuktamadkan isu yang telah berlarutan lebih belasan tahun,” katanya di sini hari ini.

Kerajaan Negeri turut menegaskan bahawa langkah berkenaan penting bagi menjaga sensitiviti masyarakat, memelihara kesihatan komuniti, melindungi alam sekitar serta mengelakkan pencemaran bau agar industri berkenaan dapat beroperasi dengan lebih selamat tanpa menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat, kata Amirudin.

Sementara itu, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim, sebelum ini menjelaskan bahawa inisiatif yang diambil adalah lebih tersusun dan menyeluruh bagi memastikan isu sensitif ini ditangani secara berhemah, sistematik dan berkesan, termasuk kawalan jangka pendek serta penyelesaian jangka panjang.

Dalam perkembangan berkaitan, EXCO Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor dijadual menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Isnin, 12 Januari 2026, bagi menyembah maklum dan membentangkan secara terperinci keputusan MMKN serta langkah-langkah proaktif yang telah dan akan dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan.

Kerajaan Negeri Selangor turut menzahirkan junjung tinggi keprihatinan, nasihat serta pedoman Sultan Selangor, sambil mendoakan agar baginda terus dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan untuk terus membimbing serta menaungi negeri Selangor dengan penuh hikmah.

Semalam, Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dan tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada tahun 2030.

Melalui Kenyataan Media Istana Alam Shah, Baginda memandang serius perancangan tersebut, khususnya apabila terdapat kemungkinan ia melibatkan penternakan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.

Baginda turut mengusulkan agar wakil-wakil rakyat tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi, bagi merasai sendiri pengalaman sebenar seperti yang dialami penduduk sekitar.

Share2486Tweet1554SendShare

Related Posts

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd