• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSBC Akan Buang 50,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

oleh
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bank ketiga terbesar di dunia dari segi aset, Hongkong & Shanghai Banking Corporation (HSBC) bakal memberhentikan hampir 50,000 kakitangannya di seluruh dunia dalam masa terdekat, lapor akhbar tempatan.

Bank yang diasaskan pada 1865 oleh Thomas Sutherland itu turut dijangka mengurangkan urus niaganya di Brazil dan Turki, di samping mengecilkan khidmat bank pelaburannya untuk memperkukuhkan prestasi perniagaannya.

Ketua pegawai eksekutif HSBC, Stuart Gulliver dilaporkan membentangkan strategi pembuangan petugas terbesar pada Rabu, iaitu yang pertama kali dilakukan sejak mengambil alih jawatan tertinggi berkenaan pada 2011 lalu.

Beliau sebelum ini sudah pun menjual atau menutup 77 urus niaga HSBC di pelbagai negara sepanjang empat tahun lalu menerajui syarikat perbankan terkenal British itu yang kini memiliki 60 juta pelanggan di serata dunia.

Gulliver dijangka memberikan perincian tentang bagaimana operasi bank itu di Amerika Syarikat dan Mexico akan disusun semula serta menutup perkhidmatannya di beberapa negara kecil kerana didapati tidak berdaya maju.

HSBC juga ujar beliau, akan menimbangkan ukur tara bagi memutuskan sama ada ibu pejabatnya di London perlu dipindahkan ke Asia – berkemungkinan ke Hong Kong, tempat asal bank itu ditubuhkan genap 150 tahun lalu.

Malah Gulliver; warga British yang berusia 56 tahun itu dan bekas lulusan Universiti Oxford dalam bidang perundangan; turut menetap secara rasmi di Hong Kong walaupun memiliki rumah persendirian di London.

Beliau yang menyertai HSBC sebagai eksekutif sejak 1980 pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di beberapa bandar raya di dunia antaranya Tokyo, Jepun; Kuala Lumpur, Malaysia dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Bank tersebut dengan aset berjumlah AS$2.6 trilion pada tahun lalu turut mempunyai 6,600 cawangan di lebih 80 buah negara serta memiliki hampir 270,000 orang kakitangan. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

Nota: Rangkuman iklan komersial mengenai budaya tempatan HSBC menerusi siaran televisyen di seluruh dunia.

Tags: BankHong KongHSBCLondonOxford
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd