• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 4 Tahun Ditarik Ombak Ke Tengah Laut…Dipercayai Lemas…

oleh Mohd Arshad
10/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kanak-Kanak 4 Tahun Ditarik Ombak Ke Tengah Laut…Dipercayai Lemas…
Share on FacebookShare on Twitter

Niat Cuci Kaki Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 4 Tahun Hilang Ditarik Ombak

KUALA NERUS – Niat sekadar mencuci kaki di gigi air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Sauh, Batu Rakit, petang semalam.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/1767979598166.mp4

Ketua Polis Daerah Kuala Nerus, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan berada di pantai berkenaan bersama ibu saudaranya serta empat kanak-kanak lain.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati ibu saudara mangsa yang menetap di Batu Rakit membawa lima kanak-kanak tersebut ke pantai sekitar jam 6 petang untuk bersiar-siar, melihat ombak dan bermain pasir.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/VID_20260110_013936_870.mp4

“Selepas kira-kira setengah jam, ibu saudara mangsa mengarahkan mereka mencuci kaki sebelum pulang. Namun ketika semua kanak-kanak turun ke gigi air, satu ombak besar tiba-tiba melanda dan menarik mangsa ke laut,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, seorang saksi awam memaklumkan dia bersama dua rakannya cuba membantu sebaik terdengar jeritan meminta tolong, namun usaha menyelamat gagal berikutan keadaan ombak yang kuat dan berbahaya.

“Saksi melihat mangsa dihanyutkan ke arah barat sejauh kira-kira 200 meter sebelum hilang daripada pandangan,” katanya.

Sehingga malam ini, mangsa masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan penglibatan tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kuala Nerus.

Operasi SAR dijangka diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan ombak di kawasan berkenaan.

Tags: lemas
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd