• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UK Pertimbang Ujian Mata Wajib Untuk Pemandu Warga Emas

oleh Mohd Arshad
07/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UK Pertimbang Ujian Mata Wajib Untuk Pemandu Warga Emas
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Kerajaan United Kingdom dilaporkan sedang mempertimbangkan pelaksanaan ujian mata wajib ke atas pemandu berusia 70 tahun ke atas, susulan kebimbangan terhadap tahap keselamatan jalan raya melibatkan golongan warga emas.

Menurut laporan saluran berita Britain, GB News, pemandu berusia lebih 70 tahun yang gagal melepasi ujian penglihatan wajib berdepan larangan memandu secara kekal, satu cadangan yang kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan masyarakat.

Cadangan tersebut dibuat selepas peningkatan kebimbangan terhadap faktor penglihatan yang semakin merosot, selain refleks dan keupayaan reaksi pemandu lanjut usia yang didakwa boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Ketika ini, pemandu di UK yang berusia 70 tahun ke atas hanya perlu memperbaharui lesen memandu setiap tiga tahun dengan pengisytiharan kendiri tahap kesihatan, tanpa ujian fizikal atau penglihatan wajib.

Bagaimanapun, pihak yang menyokong langkah itu menegaskan ujian mata berkala adalah perlu bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya, manakala pengkritik pula menyifatkan cadangan tersebut sebagai diskriminasi terhadap warga emas yang masih cergas dan berkeupayaan memandu.

Setakat ini, pihak berkuasa UK belum mengumumkan keputusan muktamad, namun perbincangan awam dan tekanan daripada kumpulan keselamatan jalan raya dijangka terus meningkat.

— Mynewshub

Tags: uk
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

Oliver Dowden Dinamakan TPM Baharu UK

Oliver Dowden Dinamakan TPM Baharu UK

22/04/2023
0

LONDON : Kerajaan Britain menamakan Oliver Dowden sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu negara itu. Ikuti Mynewshub: Telegram Dowden menggantikan Dominic Raab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd