• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rempuh Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin Disahkan Sakit Gila

oleh Mohd Arshad
06/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Rempuh Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin Disahkan Sakit Gila
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU, 6 Januari 2026 – Lelaki yang memandu Honda Jazz sehingga menyebabkan kemalangan maut membabitkan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semalam disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan, pemandu berusia 32 tahun itu didiagnosis menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan menerima rawatan sejak Januari tahun lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut beliau, suspek kini masih dirawat di HSNZ akibat kecederaan patah tangan kanan serta beberapa luka ringan di badan.

“Kereta Honda Jazz yang dipandu lelaki terbabit adalah milik adiknya sendiri dan bukannya kenderaan curi seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/2026-01-05-173753045.mp4

Siasatan awal turut mendapati sebelum kemalangan berlaku, lelaki itu telah menceroboh masuk ke dalam sebuah Honda City yang diparkir di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai RM200 milik pemilik kenderaan berkenaan.

“Suspek kemudiannya kembali ke Honda Jazz dan memecut laju sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Kemajuan,” jelas beliau.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian tersebut.

Tambahnya, lelaki berkenaan akan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— Mynewshub

Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd