• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua hari oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Amalina Johar selepas membenarkan permohonan polis untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait berkata, suspek yang berusia 42 tahun direman selepas didapati positif dadah.

Katanya, polis menerima maklumat kemalangan itu pada jam 6.45 petang, dengan nahas dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa berusia 20-an dari Segamat menghala ke Labis, dirempuh dari belakang oleh lori dipandu suspek.

“Akibatnya, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek tidak cedera namun, hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Ng berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai melihat atau mempunyai maklumat boleh menghubungi balai trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9325811 bagi membantu siasatan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: dadahkemalangan mautpemandu loriPenunggang Motosikalreman
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Majistret Benarkan Reman Tamim Dahri, Abang Dua Hari Sahaja – Aidil Khalid

Majistret Benarkan Reman Tamim Dahri, Abang Dua Hari Sahaja – Aidil Khalid

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Majistret hanya membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap Tamim Dahri dan abangnya, Talhah walaupun pegawai penyiasat...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd