• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUPS Cabar DAP Pecat Ahli PAS Di Pulau Pinang!

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak PAS Selangor (DUPS) mencabar DAP Pulau Pinang memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan lantikan kerajaan negeri itu.

Setiausaha DUPS, Muhammad Najhan Halim berkata, DAP jangan berdolak-dalik mengenai perkara itu jika benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang.

“(Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng bertindak tidak profesional dan menunjukkan amarahnya apabila meminta semua ahli PAS yang memegang jawatan di Pulau Pinag meletakkan jawatan masing-masing atas alasan kerajaan Pulau Pinang dipimpin DAP.

“Lupakah Guan Eng kerajaan DAP adalah dimenangi secara bersama dalam pakatan rakyat dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama (PAS).

“Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Guan Eng sendiri sebagai Ketua Menteri memecat semua Ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muktamar PAS di Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP yang merupakan salah satu parti dalam pakatan rakyat.

Berikutan itu, DAP meminta semula ahli PAS yang memegang jawatan kerajaan negeri dibawah pentadbiran DAP supaya meletak jawatan kerana tiada lagi kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.

Muhammad Najhan dalam pada itu mengingatkan ahli PAS jangan panik berikutan permintaan Guan Eng tersebut sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada barisan kepimpinan PAS yang baharu.

Beliau turut mengingatkan kerjasama dan tahaluf siyasi PAS terjalin dengan begitu baik di Selangor di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Segala urusan kerajaan di Selangor hendaklah diteruskan seperti biasa demi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang memberi mandat.

“PAS seharusnya diberi hak laluannya sendiri dan dan bebas untuk menentukan halatujunya tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Jangan ada pihak yang cuba untuk mencucuk hidung PAS agar mengikut segala karenah dan kehendak pihak lain khususnya DAP,” tegasnya. – mynewshub.cc

 

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd