• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

oleh Mohd Arshad
03/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata kerajaan sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa agama peringkat Persekutuan serta negeri bagi memastikan tindakan diambil mengikut lunas undang-undang.

“Kita mahu pastikan sebarang tindakan diambil bertepatan dengan hukum dan undang-undang, adil dan selari dengan peruntukan sedia ada.

“Dalam masa sama, kita juga perlu memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai bahaya ajaran sesat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir Misi Ihsan MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.

Mengulas kebimbangan mengenai kewujudan ajaran sesat yang berterusan, beliau berkata, fahaman itu tidak pernah ‘tidur’ dan sentiasa berusaha mempengaruhi dan mencemari pemikiran masyarakat.

“Peranan kerajaan sahaja tidak mencukupi. Masyarakat sivil, NGO Islam dan institusi berkaitan perlu berganding bahu dan bersinergi bagi menangani isu ini supaya Malaysia terus menjadi model negara Islam yang sederhana, maju dan damai,” katanya.

Beliau berkata, kemunculan media sosial turut menjadi cabaran baharu, namun pihaknya melaksanakan program pencerahan secara berterusan termasuk melalui peranan jabatan mufti bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai ciri-ciri ajaran sesat.

“Apa yang penting bukan sekadar menangani ajaran sesat, tetapi bagaimana kita membawa ajaran Islam sebenar supaya fahaman songsang ini dapat dikuburkan,” katanya.

Sebelum ini, polis mengenal pasti 14 ajaran difatwa sesat yang masih aktif dengan lapan daripadanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata, sebanyak 154 ajaran difatwa sebagai sesat dikesan sejak 1950 hingga kini.

BHonline-

Tags: Ajaran Sesat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

31/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of...

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

24/10/2024
0

Seremban: Seorang pesara yang juga pengikut ajaran 'The Ahmadi Religion of Light and Peace', dipenjara enam bulan dan didenda RM4,500...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd