• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titi Gantung Runtuh, Lebih 50 Tetamu Kenduri Kahwin Jatuh Sungai

oleh Mohd Arshad
02/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Titi Gantung Runtuh, Lebih 50 Tetamu Kenduri Kahwin Jatuh Sungai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI: Suasana meriah sebuah kenduri perkahwinan bertukar detik cemas apabila titi gantung di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di sini runtuh secara tiba-tiba pada Khamis, mengakibatkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam sungai.

 

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan seorang lelaki patah kaki selepas terjatuh di atas batu, manakala seorang kanak-kanak cedera di kepala dan tiga lagi mangsa mengalami luka ringan serta sesak nafas.

 

Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd Zaki Saari, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila rombongan pengantin lelaki bertembung dengan tetamu pengantin wanita di atas titi gantung berkenaan.

 

> “Saya dimaklumkan ketika kejadian, lebih 50 orang menggunakan laluan titi itu serentak. Rombongan pengantin lelaki dari Pasir Puteh dalam perjalanan pulang, manakala tetamu pengantin wanita pula baru tiba ke kenduri,” katanya ketika dihubungi, Jumaat.

 

 

 

Menurut beliau, sebaik menerima makluman, panggilan kecemasan dibuat dan empat ambulans digerakkan ke lokasi — dua dari Hospital Sultan Ismail Petra dan selebihnya daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai.

 

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Setakat Jumaat, hanya lelaki yang mengalami patah kaki masih ditahan, manakala mangsa lain telah dibenarkan pulang. Kanak-kanak yang cedera di kepala dilaporkan menerima beberapa jahitan.

 

Fauzi Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, turut hadir ke lokasi pada petang kejadian. Titi gantung yang runtuh itu dimaklumkan akan dibaik pulih segera.

 

Mohd Zaki menjelaskan, titi gantung berkenaan merupakan kemudahan utama kepada penduduk lima buah rumah di kawasan tersebut dan sebelum ini pernah dibaiki beberapa kali. Laluan itu hanya digunakan oleh pejalan kaki dan motosikal, manakala laluan darat alternatif adalah lebih jauh serta terhad kepada motosikal sahaja.

 

Hasil pemeriksaan awal mendapati tali pengikat titi gantung yang tertanam dalam simen sudah uzur dan perlu diganti baharu.

 

> “Insya-ALLAH, Ahad ini pihak kami akan mengangkat perkara ini kepada pihak terlibat bagi mendapatkan peruntukan segera untuk kerja baik pulih,” katanya.

— Mynewshub

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/01/VID_20260102_120120_590.mp4
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd