• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

oleh Mohd Arshad
28/12/2025
dalam Terkini
0
NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana Persatuan Pacuan Empat Roda Selangor (SFWDA) mula tiba di daerah Toboh Malalak, kelmarin.

Misi kemanusiaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Skuad Bencana dan Kebajikan Kelab Sukan 4×4 Lima Bravo (KKS5B) itu sepatutnya bermula pada 29 Disember, namun dipercepatkan berikutan masih terdapat beberapa kawasan terjejas yang belum menerima sebarang bantuan.

Operasi awal diketuai Khairul Nas dan disertai kira-kira 40 sukarelawan dari Kampung Pandai Sikek, Bukit Tinggi di Sumatera Barat yang menumpukan kepada kerja pembersihan kawasan serta penyerahan sumbangan keperluan harian kepada penduduk setempat.

Khairul berkata, beliau dan pasukan sukarelawan terbabit mengambil masa lebih dua jam perjalanan untuk sampai ke kawasan terjejas yang mengalami kemusnahan teruk akibat banjir yang melanda bulan lalu.

“Kami memperoleh dana hasil sumbangan saudara-mara, rakan, penduduk kampung serta anak jati Padang yang bermastautin dan bekerja di negara jiran.

“Sumbangan diterima digunakan secara langsung untuk membantu mangsa banjir melalui agihan barangan asas seperti beras, minyak masak dan telur ayam selain keperluan pembersihan bagi membersihkan kawasan terjejas.” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SFWDA, Rody Sofian Buang, berkata pihaknya masih membuka peluang kepada orang ramai untuk terus menyumbang bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan berkenaan.

Katanya, sumbangan dalam bentuk kewangan yang dikreditkan ke akaun persatuan sangat dialu-alukan dan akan digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan harian di Padang sebelum diagih kepada mangsa banjir di Sumatera Barat.

-Berita Harian

Tags: Banjirmangsa banjirNGO Malaysiasumatera
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd