• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

oleh Mohd Arshad
26/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai RM1.04 bilion, menerusi serbuan Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang pada 21 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata berkata serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan penahanan enam individu termasuk tiga wanita menerusi Op Gaharu 1.0 pada 16 Disember lalu.

Katanya, serbuan pertama pada 21 Disember di Taman Industri Selasa Jaya, Seri Kembangan berjaya merampas 5,983.36 kilogram (kg) cecair dan 207.74 kg serbuk putih kedua-duanya disyaki Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA).

Pada hari sama, pasukan bertindak menyerbu sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong dan merampas 20.273 kg serbuk disyaki kokain serta 1.252 kg serbuk putih disyaki ketamin.

“Rampasan keseluruhan dianggarkan seberat 6,212 kg bernilai RM1.04 bilion dan jumlah dadah dirampas mampu merosakkan seramai 20.7 juta pengguna,” katanya pada sidang media di Balai Polis Semenyih di sini, hari ini.

Hussein berkata siasatan mendapati sindiket berkenaan membawa masuk ahli kimia dan bahan prekursor dari luar negara serta menggunakan koordinator dan ahli sindiket warga tempatan bagi memproses dadah. Beliau menyifatkan ia sebagai sindiket terbesar yang pernah ditumpaskan.

Menurutnya, sindiket itu mengendalikan 14 kilang dan 10 rumah kediaman yang diubahsuai menjadi makmal pemprosesan dan stor penyimpanan dadah, dengan setiap premis disewa pada harga antara RM6,000 hingga RM10,000 sebulan.

Sindiket dipercayai menggunakan Malaysia sebagai pusat memproses dadah sebelum mengedarkannya ke beberapa destinasi luar negara termasuk Hong Kong dan Australia serta mempunyai lebih 12 ahli termasuk dalang dan beroperasi sejak Januari lepas.

“Berdasarkan peralatan yang dirampas, jelas operasi ini dijalankan pada skala yang sangat besar dan kita akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa negara berkaitan serta Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki dan menahan baki ahli sindiket termasuk dalang utama,” katanya.

Selain itu, Hussein berkata siasatan turut mendapati sindiket terbabit turut menjalankan aktiviti penipuan dalam talian selepas satu daripada premis yang diserbu dijadikan pusat panggilan penipuan di Kajang dekat sini pada 21 Disember lalu.

Seramai 14 orang ditahan dan kes terbabit diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk siasatan lanjut.

Bernama-

Tags: antarabangsalumpuhRampasanSindiket Dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd