• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kami Setiap Hari Akan Cari Abah, Tapi…’ – Anak Risau Bapa Hilang Sejak 18 Disember

oleh Mohd Arshad
25/12/2025
dalam Terkini
0
‘Kami Setiap Hari Akan Cari Abah, Tapi…’ – Anak Risau Bapa Hilang Sejak 18 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH: “Saya dan abang sangat risaukan keadaan abah yang hilang tanpa khabar sejak seminggu lalu. Abah ada kad orang kurang upaya (OKU) masalah mental, malah dia juga kurang sihat selepas diserang angin ahmar dan berjalan menggunakan bantuan tongkat”.

Itu luahan rasa bimbang Ahmad Firdaus Ahmad Kusyairi, 23, anak kepada Ahmad Kusyairi Abd Rashid, 49, yang dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas dipercayai keluar dari bilik sewanya di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, di sini sejak 18 Disember lalu.

Ahmad Firdaus berkata, sebelum ini bapanya menetap bersama datuk dan neneknya, namun atas beberapa faktor, dia serta abangnya terpaksa memindahkan bapa ke bilik sewa berhampiran rumahnya sejak 16 Disember lalu dan memantau keadaannya.

“Kami selalu berhubung dengan abah melalui WhatsApp dan sebelum pergi kerja juga saya akan hantar makanan kepadanya. Abah beritahu dia mahu ke kedai pada 11.25 malam 17 Disember lalu dan saya sudah melarang kerana bimbangkan keselamatannya.

“Pada pagi keesokannya saya mesej abah tanya khabarnya, tetapi dia hanya balas pada tengah hari dan beritahu dia sesat. Ketika itu saya sedang bekerja dan berikan alamat bilik sewa. Saya kemudian mesej abah lagi tetapi mesej itu hanya satu ‘tick’ saja.

“Pada Jumaat lalu, saya ke rumah abah nak hantar makanan, tetapi abah tiada. Pada mulanya ingatkan dia ke surau, tapi apabila saya datang lagi, abah tetap tiada di rumah dan telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi.

“Saya tak tahu abah keluar dengan apa, tapi penyewa bilik lain ada beritahu dia dengar bunyi kereta selepas Subuh, dipercayai untuk ambil abah,” katanya kepada Harian Metro, di sini hari ini.

Pembantu kedai itu berkata, sebelum ini bapanya memang selalu keluar rumah, tetapi akan pulang semula, namun apabila masih tidak pulang serta usaha mencarinya juga gagal, dia membuat laporan polis pada Ahad lalu untuk tindakan lanjut.

“Kami setiap hari akan mencari abah tapi sehingga kini masih belum ada sebarang petunjuk. Ada seorang pak cik beritahu yang abah beritahu dia mahu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk semak bantuan yang dimohon.

“Adik-beradik abah juga berusaha mencari tetapi masih belum jumpa. Saya dan abang terlalu risaukan keadaan abah, lebih-lebih lagi abah tak sihat dan diserang angin ahmar sejak lebih setahun lalu.

“Kami bimbangkan keselamatan abah, makan dan minumnya serta di mana abah tidur ketika ini. Saya berharap abah dapat ditemui dengan segera,” katanya memberitahu ibu bapanya sudah berpisah dan dia tinggal bersama ibu, manakala abang sudah berkeluarga.

Ahmad Firdaus berkata, mereka kini masih berusaha mencari bapanya termasuk meminta bantuan rakan penghantar makanan untuk menguar-uarkan kehilangannya serta berkongsi di Facebook.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung Ahmad Kusyairi boleh menghubungi Ahmad Firdaus di talian 011-51561240 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Saujana Utama, Fuzi Kamazan di talian 012-3818167.

-Berita Harian

Tags: Orang Hilang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

17/03/2025
0

KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau...

Polis Mohon Bantuan Kesan Tan Joon Tien

Polis Mohon Bantuan Kesan Tan Joon Tien

12/01/2025
0

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Cameron...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd