• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas Datuk Seri Najib Razak disifatkan mempunyai kesan besar bukan sahaja terhadap Najib, malah terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, keputusan berkenaan bukan bertujuan membebaskan Najib daripada sabitan kes SRC International, sebaliknya hanya melibatkan isu meringankan baki hukuman penjara kepada tahanan rumah.

Menurut Hassan yang juga seorang peguam, tanpa berniat mengkritik atau menghina keputusan mahkamah, keputusan tersebut dilihat secara jelas menolak kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sekali gus berpotensi mencemar saki-baki kuasa Raja-Raja Melayu yang masih termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Keluhuran Perlembagaan Persekutuan sememangnya wajib dipertahankan dan dijunjung.

“Namun, pentafsiran isu perlembagaan tidak wajar terlalu keras dan kaku sehingga meremehkan institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan salah satu tiang seri negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hassan berkata, persoalan kini timbul dalam kalangan rakyat mengapa Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2018 boleh mengurniakan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau dibebaskan walaupun baki hukuman penjara masih ada, namun perkara sama tidak berlaku kepada Najib.

“Mengapa Anwar Ibrahim boleh, tetapi Najib Razak tidak boleh?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Hakim Alice Loke wajar dirujuk ke Mahkamah Rayuan supaya sebarang kemungkinan kekhilafan tidak menjadi preseden yang boleh menghakis kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu.

Hassan turut mengingatkan bahawa sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu telah lama bertapak di sembilan negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Menurutnya, Raja-Raja Melayu bersetuju menerima aspirasi rakyat membina negara demokrasi berparlimen dengan mengorbankan sebahagian besar kuasa feudal, dan sebagai timbal balas, Perlembagaan memperuntukkan kuasa budi bicara tertentu termasuk dalam soal pengampunan.

“Oleh itu, institusi kehakiman perlu mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mempertahankan pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar Ibrahim pada 2018,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimHassan KarimIsu Titah Adendumnajib razak
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar beliau diiringi...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd