• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesaan Boikot Sunway Square Mall Masih Berterusan Walaupun Polisi Mesra Haiwan Diubah

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Gesaan Boikot Sunway Square Mall Masih Berterusan Walaupun Polisi Mesra Haiwan Diubah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Gesaan untuk memboikot Sunway Square Mall dilihat masih berterusan di media sosial walaupun pihak pengurusan pusat beli-belah itu telah mengubah pendirian serta polisi berhubung status sebagai mall mesra haiwan peliharaan.

Tinjauan Mynewshub mendapati, ruangan komen di beberapa hantaran berkaitan isu berkenaan masih dipenuhi seruan boikot daripada netizen yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan awal pihak mall tersebut.

Antara komen yang tular termasuk gesaan supaya orang ramai memilih pusat beli-belah lain, selain ada yang berpendapat boikot adalah langkah wajar sebagai tanda bantahan terhadap dasar yang dianggap tidak sensitif sebelum ini.

“Boikot je, banyak lagi mall lain,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula menyatakan, “Senang saja, kita boikot mall yang buat dasar macam itu. Boikot ramai-ramai, akhirnya tumbang juga.”

Terdahulu, Sunway Square Mall mencetuskan kontroversi apabila didakwa membenarkan haiwan peliharaan, khususnya anjing, dibawa masuk ke kawasan premis tertutup, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sebahagian pengunjung, termasuk melibatkan isu kebersihan dan sensitiviti agama.

Susulan kritikan yang diterima, pihak pengurusan mall kemudiannya membuat pusingan-U dengan menjelaskan bahawa haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam kawasan premis tertutup dan hanya terhad di kawasan tertentu di luar sahaja.

Namun begitu, perubahan polisi tersebut dilihat masih belum meredakan kemarahan segelintir pihak, khususnya di media sosial, yang beranggapan tindakan awal mall berkenaan telah menjejaskan kepercayaan pengunjung.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh pihak Sunway Square Mall berhubung gesaan boikot yang masih berlarutan itu.

— Mynewshub

Tags: Sunway Square Mall
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Ekspo Haiwan Viral: Lokasi Disertu Pihak Berkuasa Agama Susulan Video Anjing Kencing Dalam Mall

Ekspo Haiwan Viral: Lokasi Disertu Pihak Berkuasa Agama Susulan Video Anjing Kencing Dalam Mall

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lokasi penganjuran ekspo haiwan di Mid Valley Exhibition Centre awal bulan ini yang tular di media sosial susulan...

Polisi U-Turn Sunway Square Mall Cetus Kemarahan Pencinta Haiwan, Pemilik Anjing Paling Terasa

Polisi U-Turn Sunway Square Mall Cetus Kemarahan Pencinta Haiwan, Pemilik Anjing Paling Terasa

18/12/2025
0

PETALING JAYA: Perubahan polisi Sunway Square Mall yang tidak lagi membenarkan haiwan peliharaan berada di dalam kawasan tertutup pusat beli-belah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd