• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

oleh Mohd Arshad
16/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas dadah jenis ganja seberat 10.4 kilogram dalam satu operasi di Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan, lewat malam Isnin.

Menurut sumber PGA, suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 11 malam, 15 Disember lalu, ketika berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan sambil membawa sebuah beg barang, semasa pelaksanaan Op Taring Wawasan Kelantan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beg berkenaan mengandungi satu plastik lutsinar berisi bunga ganja dengan berat keseluruhan 10.4 kilogram,” kata sumber itu.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah kira-kira RM374,000.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Ujian saringan awal turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (Meth).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PGA dalam membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di kawasan sempadan negara.

Sumber: Briged Tenggara PGA

Tags: ganja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

05/05/2025
0

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan dua cubaan penyeludupan dadah jenis ganja menggunakan perkhidmatan kiriman cepat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd