• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

413 Mangsa Banjir Di Enam Negeri Dipindahkan Ke 21 PPS

oleh Mohd Arshad
16/12/2025
dalam Terkini
0
413 Mangsa Banjir Di Enam Negeri Dipindahkan Ke 21 PPS
Share on FacebookShare on Twitter

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatatkan 413 mangsa membabitkan 121 keluarga setakat jam 3.12 petang tadi.

Sejumlah 21 PPS turut dibuka membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Maklumat itu yang dikongsikan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut melaporkan Terengganu mencatatkan mangsa banjir paling teramai berbanding lima negeri lain iaitu sejumlah 134 mangsa membabitkan 36 keluarga dengan tujuh PPS dibuka.

Pahang pula berada di kedudukan kedua, membabitkan 65 mangsa, 18 keluarga dan lapak PPS dibuka dengan tiga daerah terbabit. Manakala, Sabah menjadi negeri ketiga paling tinggi mangsa banjir dengan catatan 62 mangsa dan 30 keluarga. Sejumlah satu PPS dan satu daerah terbabit di negeri itu.

Dalam kalangan negeri terjejas banjir, Sarawak mencatatkan 51 mangsa membabitkan 10 keluarga dan satu PPS dibuka dengan satu daerah terbabit. Kelantan pula berada di kedudukan kelima negeri terjejas banjir dengan membabitkan 54 mangsa, 19 keluarga dan satu PPS dibuka serta satu daerah terbabit.

Manakala Selangor mencatatkan mangsa terendah iaitu 47 mangsa, lapan keluarga, satu PPS dibuka dan membabitkan satu daerah.

Terdahulu, berdasarkan maklumat dikongsikan Info Bencana JKM, setakat jam 3.35 petang semalam, mangsa banjir membabitkan 191 keluarga kini ditempatkan di 17 PPS.

Terengganu muncul negeri paling teruk terjejas apabila seramai 212 mangsa dipindahkan ke lapan PPS di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu. Diikuti Sarawak yang merekodkan 140 mangsa di empat PPS.

-Harian Metro

Tags: Banjirmangsa banjirPPS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd