Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia bagi bantuan khidmat khas mengangkat mayat di sebuah kediaman di Jalan Cecawi Kota Damansara, pada jam 3.05 pagi.

Sebuah jentera FRT dan unit EMRS telah digerakkan dengan kekuatan anggota diketuai oleh PBK II Khairul Hafizal Mustapha Kamil.
Pasukan tiba di lokasi pada jam 3.16 pagi, melibatkan perjalanan sejauh 10 kilometer dari balai.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang lelaki berusia 53 tahun berada di bahagian tingkat atas kediaman tersebut.

Pasukan bomba menjalankan tugas membantu pihak polis dengan membawa turun tubuh individu berkenaan dengan teratur dan selamat.
Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan setelah semua proses selesai dan jentera kembali ke balai pada jam 5.17 pagi.
Sumber Bbp Sungai Buloh



